Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna.. selitkan jelingan-jelingan manja.
Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama batin dan kedua perut suaminya.
Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.
Sekiranya suami
anda berhajat untuk “bersama” anda,layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan
anda.Banyak
perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan
keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan
menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.
Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.
Apabila
anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala
pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu
ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya
kekasihku".
Apabila
anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah
biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan
tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh
mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai,
sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang
memanisfitasikan cintanya.
Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu
untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki
akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda
merasa bahawa dia diperlukan.
Ketika suami
anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan
membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda
agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda
kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat.
Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah
perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami
anda.
Apabila
suami anda meninggal dunia, jagalah anak-anak anda dengan baik serta
berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga suami anda. Mudah-mudahan
nanti, anda akan menemui suami anda disyurga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan