@KiRa$ bLoG....

@KiRa$ bLoG....

Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 6 Mei 2012


APA ITU PNEUMOKOKAL..???

MUNGKIN ramai pernah mendengar perkataan pneumokokal, namun tidak semua yang tahu apa pneumokokal itu sebenarnya.
Jika anda mempunyai anak kecil dan tidak pernah mengambil vaksin pneumokokal atau tidak mahu memberikan anak anda vaksin itu, anda perlu berfikir sekali lagi selepas anda membaca artikel ini.
Pneumokokal merupakan suatu penyakit yang berpunca daripada kehadiran bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumokokus).
Punca kematian kanak-kanak
Ia biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebarkan melalui batuk atau bersin.
Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10 peratus dari- padanya boleh menyebabkan penyakit yang serius.
Bakteria itu menyebabkan jangkitan invasif termasuk bakteremia/sepsis (jangkitan bakteria dalam darah), meningitis (radang membran yang menyelaputi saraf tunjang dan otak), pneumonia (radang paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).
Tahukah anda bahawa penyakit pneumokokal merupakan punca utama kesakitan dan kematian kanak-kanak di seluruh dunia?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit pneumokokal mengakibatkan sehingga satu juta kematian dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada lima tahun di seluruh dunia.
Ia meragut lebih banyak nyawa kanak-kanak berbanding penyakit AIDS, malaria dan campak secara bergabung.
“Lebih separuh daripada kejadian dan kematian akibat penyakit pneu- mokokal berlaku di rantau Asia Pasifik yang merangkumi 28 peratus daripada kematian berkaitan pneumokokus global.
“Kita perlu mendidik ibu bapa dan orang ramai tentang cara melindungi kanak-kanak daripada penyakit pneumokokal kerana kesan penyakit ini adalah amat buruk tetapi sebenarnya boleh dielakkan,” kata Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin.
Tambahnya, kaedah pencegahan berkesan perlu disediakan untuk semua kanak-kanak di Malaysia.
ANAK kecil tidak perlu menderita hanya kerana kegagalan ibu bapa memberikan mereka suntikan vaksin pneumokokal.

Menurut WHO, penyakit pneumokokal adalah punca kematian yang boleh dicegah dengan vaksin dan imunisasi boleh dianggap sebagai cara paling cekap dan menjimatkan kos untuk mengurangkan penyakit dan kematian.
Dr. Musa yang juga Ahli Pengasas Pakatan Strategik Asia bagi Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP) turut menceritakan pengalamannya berdepan dengan beberapa kes meli- batkan kanak-kanak yang menghidap penyakit tersebut.
“Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun datang dengan batuk yang berlarutan selama tiga minggu, demam panas, tidak memberikan respons terhadap antibiotik. Di hospital, keadaannya lemah, nafasnya laju dan dada berombak.
“X-ray menunjukkan paru-parunya penuh dengan cecair. Apabila dikeluarkan cecair itu kita dapati bakteria pneumokokus di dalamnya. X-ray mendapati paru-parunya mengalami kerosakan yang teruk,” ceritanya.
Sambungnya lagi, kes kedua melibatkan seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang telah demam selama 36 jam, masalah pemakanan (poor feeding) dan muntah.

“Dari klinik saya bergegas ke Unit Rawatan Rapi dan kami sedaya upaya melakukan 
yang terbaik untuk menyelamatkannya, namun bayi tersebut meninggal dunia selepas masa 10 minit.
“Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia dapat dielakkan dan dapat menyelamatkan nyawa dengan memberikan vaksin,” katanya.
Jelasnya, pemberian vaksin pneumokokal bukan sahaja memberikan perlindungan kepada kanak-kanak, malah turut melindungi seluruh ahli keluarga kerana kuman tersebut tidak akan disebarkan kepada orang sekeliling.
Pemberian vaksin pneumokokal itu mampu mengurangkan penyakit tersebut kepada 99 peratus bagi mereka yang mengambilnya dan menunjukkan penurunan 60 peratus terhadap mereka yang berusia 50 tahun ke atas tanpa mengambil vaksin tersebut.
“Mengenai menjadikan vaksin ini sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), kita telah mengutarakan perkara itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2005 lagi dan ia mengambil masa sedikit,” katanya.
                            GAMBARAN X-ray yang menunjukkan paru-paru yang mengalami pneumonia.

Tiada ulasan: