@KiRa$ bLoG....

@KiRa$ bLoG....

Jumlah Paparan Halaman

Jumaat, 30 Mac 2012

BUAT SUAMI TERCINTA......


Abang Kehadiranmu memberikan seribu kesyukuran buat diriku
Pada diriku tiada sesuatu yang istimewa untuk dipersembahkan buatmu, 
Kerana aku...bukanlah yang terhebat dan bukanlah yang terbaik
Kerana pada diriku...banyak kekurangan,
 Namun abang tetap saja menerima dan memilihku sebagai seorang isteri... 
Abang... Bukanlah wang dan harta yang aku inginkan, 
Ketika wanita yang lain ingin dikalung rantai berlian, 
Yang ku dambakan hanyalah sekalung doa yang tulus darimu buat diriku
Ketika wanita lain berlumba-lumba mengejar pangkat dan kekayaan dunia, 
Yang aku kejar hanyalah untuk meraih keredhaanmu 
demi mencapai keredhaan Allah s.w.t.....
Abang...Apa yang kuharapkan.. 
Bukanlah mencari seorang suami yang kacak rupanya, 
Bukanku mengharapkan suami yang kaya,
 Bukan kutagih minta dimanja dengan harta, 
Bukan ku rela dipuja dengan wang ringgit, 
Bukan semua itu semata-mata, 
Itu semua tak membawa apa-apa makna bagi diriku......
Seandainya tidak didahulukan dengan agama, 
Hidup kita juga mungkin tak beroleh bahagia... 
Abang... Ku mengharapkan... 
Abang dapat membimbingku ke arah jalan yang benar, 
Berpedomankan keimanan dan ajaran islam, 
Abang menyedarkan aku akan cinta kepada Allah s.w.t, 
Abang mengajarku erti kesabaran, 
Abang hiasi diriku dengan pakaian keimanan dan ketaqwaan, 
Abang mendidik diriku akan erti ketabahan, 
Abang... Semoga segala ujian yang mendatang bersama kita harungi, 
Moga ketabahan, kesabaran, keredhaandan istiqomah sentiasa mengiringi......
Abang... Ketahuilah, daku mencintaimu kerana Allah s.w.t... 

Ahad, 11 Mac 2012

IBUBAPA...!!!

Setiap daripada kita lahir dengan seorang ibu dan seorang bapa. Ia satu nikmat pemberian Allah yang tiada nilainya di dunia ini. 

Ibu...!!! begitu besar pengorbanan seorang ibu, kini setelah aku menjadi ibu baru aku tahu betapa sukar dan penat menjadi seorang ibu. Namun walaupun kepenatan, menatap wajah anak dan membelai anak adalah satu kemestian. Walaupun penat bekerja tugas seorang isteri dan ibu harus digalas, tiada masa untuk rehat...rehat hanya diwaktu malam iaitu untuk tidur.....

Walaupun aku kini bergelar seorang ibu, tetapi aku masih seorang anak kecil bagi mama...
Mama..anakmu ini masih memerlukan petunjuk kejalan kebahagian dunia dan akhirat.

Terima kasih mama kerana setia mengajar, memberi doakan dan restumu dalam setiap perkara yangku lakukan....
Malah mama juga sekarang menjaga anakku ketika aku bekerja, mama tidak pernah mengungkit penat dan lelah menjaga anakku yang semakin hari semakin lasak, jasamu amat besar....

Papa..seorang ayah yang tidak pernah memarahi anak-anak dengan kekerasan...mungkin sebab papa, bukan sahaja guru pelajaran sejarah, matematik dan bahasa melayu...malah papa juga seorang guru kaunseling....membuatkan papa tahu cara mengajar anak-anaknya...dengan penuh kasih sayang...

Papa tidak pernah mengeluh dalam mencari rezeki bagi menyara anak-anaknya...sedangkan aku dan suami  sekarang terasa bagaimana susahnya mencari rezeki bagi menyara anakku Uwais....

Inilah papaku yang aku sayangi...kasih sayangmu dan jasamu yang sehingga kini masih lagi menjalankan tanggungjawbmu keatas anakmu yang sekarang ini telah bergelar seorang isteri dan seorang ibu.....
Terima kasih papa...yang tidak pernah lekang dengan senyuman dibibirmu...!!

Jasa dan kasih sayang yang diberikan mama dan papa sepanjang membesarkan aku tidak sesekali akan aku persiakan..Insyaallah..!!


GAMBAR AKU BERSAMA MAMA DAN PAPA..!!

 GAMBAR KAMI SEKELUARGA TANPA UWAIS N ARISSA..!!

kursus kawen...

hari nie masuk hari kedua kursus pra perkahwinan untuk bulan Mac, 2012....bosan aku melayan karenah peserta2 kursus yang banyak songeh.....macam2 ragam..ada yang masih dok berkumpul lelaki pompuan siap masuk lambat ke dewan untuk ceramah pagi nie...bila ditegur siap tarik muka, yang peliknya si lelaki takut bila kena warning tapi peserta pompuan sorang nie siap tarik muka n tunjuk lagak lagi...hai budak2 sekarang ni naik heran aku bila kita bagi muka ni la jadinya...ada satu lagi kes pagi tadi jugak 3 orang member nie yang sorang member tue siap tolong tandatangan borang kehadiran  untuk member dia yang lain...apa lagi terus naik darah aku dibuatnya..mula la kuar ceramah aku yang mengalahkan ustazah kat pejabat agama aku nie...tapi alhamdulillah budak2 nie mintak maaf dan berjanji takkan buat lagi...satu lagi kes ada yang siap makan berdua-duaan kat dalam kawasan pejabat agama, dah la datang ambik kursus kawen itu buat la perangai ni elok2 sikit..biaq la sopan....ada yang dah bunting baru nk kursus pastu siap nak tunda...dik oiii kalau tunda kursus, dibuatnya terberanak camna..hai macam2 kes..!! naik pening kepala aku... 
Dalam pening2 nie pun Alhamdulillah harap2 budak2 nie dapat habiskan semua 11 topik senang sikit kerja aku, harap tak dak la yang kena ganti topik...so boleh la aku terus bagi terus sijil kursus kawen kat budak2 nie..... 
Walaupun ada yang banyak karenah tapi ada jugak yang sopan.   

Rabu, 7 Mac 2012



UWAIS....Anak KesayanganKu...!!!
Uwais dilahirkan pada tanggal 26 September 2011, jam 7.00 malam secara pembedahan...
Walaupun tanda2 melahirkan anak iaitu darah dikesan pada jam 5.00 pagi namun aku masih lagi berlengah-lengah ke Hospital. Jam 7.00 pagi baru aku dan suami bergerak dari rumah di Utan Kandis, Arau....untuk kerumah mama n papa di Kangar...jam 8.00 pagi baru aku ke Hospital , setelah diperiksa doktor memberitahu aku bahawa pintu rahimku sudah buka 3 cm...terkejut jugak aku dibuatnya...!! Kemudian aku dimasukkan ke wad, sakit untuk melahirkan anak tidak terasa....sakitnya seperti senggugut tapi hanya sekejap2 sahaja tidak seperti sengugut yang sakitnya amat perit bagi orang yang senggugutnya teruk seperti aku...!! 
 Jam 4.40 aku diperiksa sekali lagi, doktor mengatakan pintu rahimku sudah 6 cm dibuka, aku disuruh untuk pergi makan sebelum memasuki ke bilik bersalin...sempat lagi aku menanti kehadiran suami, mama n papa melawat aku sebab jam hampir pukul 5.00 waktu pelawat...hehehehe..
dalam jam 5.15 petang, seorang jururawat datang memarahi aku sebab aku tak masuk ke bilik bersalin...aduhhh...malu nyerr..
Didalam bilik bersalin aku masih tidak sakit, doktor memberitahu aku masih lagi 6 cm bukaan, nadi baby aku lemah bermacam kaedah cuba dilakukan namun akhirnya doktor mengatakan kepada aku bahawa aku harus dibedah...
Perasaan takut, bercelaru dan macam2 lagi bergabung difikiranku.... aku disuruh menandatangani satu borang, risau nyer aku pada anak yang bakal dilahirkan.....aku dibawa kebilik pembedahan dalam keadaan tergesa-gesa...hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui perasaanku ketika itu...
alhamdulillah..pembedahan aku berjaya...baby aku selamat, masa dalam bilik pembedahan doktor meletakkan anak aku disebelah..betapa indahnya anugerah yang dikurniakan Allah kepadaku...uwais memandang kearahku sambil tersenyum...baru beberapa minit sahaja keluar dari rahimku anakku tersenyum kepada aku...menitik air mata aku melihat betapa comelnya baby aku...
Baby aku dibawa keluar, manakala aku masih didalam untuk pemeriksaan ECG dan apa2 lagi yang berkaitan....pada jam 10.00 malam barulah aku dikeluarkan dan dimasukkan kedalam wad semula....syukur ramai saudara mara termasuk ibubapa dan sumi tercinta menunggu aku diluar disaat2 kelahiran anakku itu...terima kasih semua atas keperihatinan dan kasih sayang semua yang sanggup menanti aku melahirkan anak...!! 
Atas nasihat dan bimbingan mama yang menjaga aku di wad sepanjang aku ditempatkan diwad bersalin, alhamdulillah aku boleh balik awal..tidak sampai 2 hari aku sudah boleh pulang...
Di rumah berlaku pertikaian untuk memberi nama anak diantara aku dengan suami, aku berkeras tidak mahukan anak aku diberi nama Uwais, kerana bagiku lebih baik memberi nama yang mempunyai maksud...Namun suami aku tetap berkeras inginkan nama tersebut dan akhirnya kemenangan di pihak suamiku
Syukur nama tersebut rupanya diambik sempena nama seorang pemuda yang bernama Uwais Al-Qarni yang menjadi sebutan penduduk langit...
 Pemberian Allah s.w.t ini adalah satu anugerah yang amat tinggi nilainya pada aku.

TIROID: BIASA ATAU KANSER ??


PENYAKIT berkaitan tiroid merupakan masalah kesihatan biasa yang mampu menjangkiti sesiapa pun. Malah separuh daripada bilangan pesakit tiroid sehingga kini masih belum menyedari mereka sebenarnya menghidap penyakit itu.
Malangnya, bagi kebanyakan orang yang belum dikenal pasti jenis masalah tiroid mereka juga tidak sedar ia berkait rapat dengan masalah berat badan mereka.
Ini kerana pesakit tiroid sukar menurunkan berat badan yang dikatakan meningkat akibat penyakit itu meskipun setelah puas berdiet dan mengikuti program senaman secara konsisten.

Justeru masalah berkaitan tiroid harus diambil serius dan pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera kerana ia juga boleh dikesan sebagai kanser!

Kanser tiroid

Kanser tiroid merujuk kepada empat jenis tumor malignan pada kelenjar tiroid iaitu papilari, folikular, medulari atau anaplastik.
Kanser tiroid papilari dan folikular:
 Merupakan jenis kanser tiroid paling lazim dijumpai berbanding jenis lain. Kedua-duanya bermula pada sel folikular pada tiroid. Kebanyakan kanser jenis ini tumbuh dengan perlahan tetapi jika dikesan lebih awal, ia mampu dirawat dengan jaya.
Kanser tiroid medulari:
 Terdiri daripada lima hingga 10 peratus kes kanser tiroid yang muncul dalam sel C tetapi ia lebih mudah dikawal jika dikesan dan dirawat sebelum merebak ke bahagian lain.
Kanser tiroid anaplastik:
Jenis kanser tiroid yang paling kurang ditemui (hanya satu atau dua peratus) dan timbul dalam sel folikular. Sel kanser jenis ini amat luar biasa dan sukar dikenal pasti. Ia juga sukar dikawal berbanding sel kanser lain kerana biasanya tumbuh serta merebak dengan pantas.
Nodul tiroid boleh menjadi sama ada tidak berbahaya (benign) atau berbahaya (malignan). Sel nodul tidak berbahaya, merebak ke organ lain dalam badan mahupun mengancam nyawa. Kira-kira 90 peratus nodul tiroid adalah tidak berbahaya.
Namun nodul malignan bersifat kanser. Ia lebih serius dan kadangkala boleh meragut nyawa. Sel kanser boleh menceroboh, merosakkan tisu, organ dalam badan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa.
Menerusi cara inilah kanser disebarkan daripada sel asalnya (tumor utama) untuk membentuk tumor baru dalam organ lain. Penyebaran kanser ini dipanggil metastasis.
Sekiranya metastasis berlaku di luar tiroid, sel kanser biasa ditemui pada nodus limfa berhampiran, urat saraf atau pembuluh darah. Apabila kanser sampai di nodus berkenaan, sel kanser mungkin juga telah merebak ke nodus limfa atau organ lain seperti paru-paru dan tulang.
Simptom
Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah;
 Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum.
 Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal.
Justeru masalah berkaitan tiroid harus diambil serius dan pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera.