@KiRa$ bLoG....

@KiRa$ bLoG....

Jumlah Paparan Halaman

Memaparkan catatan dengan label Sudut Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sudut Kesihatan. Papar semua catatan

Ahad, 6 Mei 2012


APA ITU PNEUMOKOKAL..???

MUNGKIN ramai pernah mendengar perkataan pneumokokal, namun tidak semua yang tahu apa pneumokokal itu sebenarnya.
Jika anda mempunyai anak kecil dan tidak pernah mengambil vaksin pneumokokal atau tidak mahu memberikan anak anda vaksin itu, anda perlu berfikir sekali lagi selepas anda membaca artikel ini.
Pneumokokal merupakan suatu penyakit yang berpunca daripada kehadiran bakteria Streptococcus pneumoniae (pneumokokus).
Punca kematian kanak-kanak
Ia biasanya ditemui di dalam saluran pernafasan kanak-kanak dan disebarkan melalui batuk atau bersin.
Kini terdapat lebih daripada 90 jenis pneumokokal yang diketahui, namun hanya lebih kurang 10 peratus dari- padanya boleh menyebabkan penyakit yang serius.
Bakteria itu menyebabkan jangkitan invasif termasuk bakteremia/sepsis (jangkitan bakteria dalam darah), meningitis (radang membran yang menyelaputi saraf tunjang dan otak), pneumonia (radang paru-paru) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).
Tahukah anda bahawa penyakit pneumokokal merupakan punca utama kesakitan dan kematian kanak-kanak di seluruh dunia?
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit pneumokokal mengakibatkan sehingga satu juta kematian dalam kalangan kanak-kanak berusia kurang daripada lima tahun di seluruh dunia.
Ia meragut lebih banyak nyawa kanak-kanak berbanding penyakit AIDS, malaria dan campak secara bergabung.
“Lebih separuh daripada kejadian dan kematian akibat penyakit pneu- mokokal berlaku di rantau Asia Pasifik yang merangkumi 28 peratus daripada kematian berkaitan pneumokokus global.
“Kita perlu mendidik ibu bapa dan orang ramai tentang cara melindungi kanak-kanak daripada penyakit pneumokokal kerana kesan penyakit ini adalah amat buruk tetapi sebenarnya boleh dielakkan,” kata Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin.
Tambahnya, kaedah pencegahan berkesan perlu disediakan untuk semua kanak-kanak di Malaysia.
ANAK kecil tidak perlu menderita hanya kerana kegagalan ibu bapa memberikan mereka suntikan vaksin pneumokokal.

Menurut WHO, penyakit pneumokokal adalah punca kematian yang boleh dicegah dengan vaksin dan imunisasi boleh dianggap sebagai cara paling cekap dan menjimatkan kos untuk mengurangkan penyakit dan kematian.
Dr. Musa yang juga Ahli Pengasas Pakatan Strategik Asia bagi Pencegahan Penyakit Pneumokokal (ASAP) turut menceritakan pengalamannya berdepan dengan beberapa kes meli- batkan kanak-kanak yang menghidap penyakit tersebut.
“Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun datang dengan batuk yang berlarutan selama tiga minggu, demam panas, tidak memberikan respons terhadap antibiotik. Di hospital, keadaannya lemah, nafasnya laju dan dada berombak.
“X-ray menunjukkan paru-parunya penuh dengan cecair. Apabila dikeluarkan cecair itu kita dapati bakteria pneumokokus di dalamnya. X-ray mendapati paru-parunya mengalami kerosakan yang teruk,” ceritanya.
Sambungnya lagi, kes kedua melibatkan seorang bayi perempuan berusia lima bulan yang telah demam selama 36 jam, masalah pemakanan (poor feeding) dan muntah.

“Dari klinik saya bergegas ke Unit Rawatan Rapi dan kami sedaya upaya melakukan 
yang terbaik untuk menyelamatkannya, namun bayi tersebut meninggal dunia selepas masa 10 minit.
“Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia dapat dielakkan dan dapat menyelamatkan nyawa dengan memberikan vaksin,” katanya.
Jelasnya, pemberian vaksin pneumokokal bukan sahaja memberikan perlindungan kepada kanak-kanak, malah turut melindungi seluruh ahli keluarga kerana kuman tersebut tidak akan disebarkan kepada orang sekeliling.
Pemberian vaksin pneumokokal itu mampu mengurangkan penyakit tersebut kepada 99 peratus bagi mereka yang mengambilnya dan menunjukkan penurunan 60 peratus terhadap mereka yang berusia 50 tahun ke atas tanpa mengambil vaksin tersebut.
“Mengenai menjadikan vaksin ini sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan (NIP), kita telah mengutarakan perkara itu kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2005 lagi dan ia mengambil masa sedikit,” katanya.
                            GAMBARAN X-ray yang menunjukkan paru-paru yang mengalami pneumonia.

Selasa, 17 April 2012

KISMIS VS KURMA DAN KEISTIMEWAAN MASING2






                 Kismis

 vs
Kurma







Kismis dan Kurma sebenarnya tidak 


boleh disatukan.

Diriwayatkan dari Abu Qatadah r.a, ia 

Rasulullah SAW bersabda:


berkata,

Jangan kalian membuat minuman 

dengan mencampurkan kurma yang 

hampir matang dengan kurma yang 

sudah matang.




Jangan kalian buat minuman dengan 

mencampurkan kismis dan kurma.




Tetapi pisahkanlah keduanya pada 

tempatnya masing-masing.

(HR Bukhari [5602]).




Kebiasaannya jemaah yang baru pulang 

haji atau umrah akan menyatukan 

kurma, kismis dan pelbagai makanan 

sunnah di dalam satu plastik untuk 

diagih-agihkan.


Kajian manusia yang dikurniakan Allah 

untuk jihad makanan mendapati, kurma 

dan kismis akan membebaskan gas-gas 

yang berlainan yang apabila berpadu 

akan menghasilkan ethanol.

Ethanol ini adalah sesuatu benda yang 

memabukkan.

Jadi, berhati-hatilah dalam memilih 

makanan-

makanan sunnah yang diawet menjadi 


kordial minuman mahupun apa-apa 


sahaja. Jika didapati diawet kurma dan 


kismis bersama, maksudnya ianya tidak 


menyihatkan kerana ianya 

menyalahi sunnah yang ditunjukkan 


Rasulullah SAW.  



Namun Masing-masing mempunyai 


keistimewaan yang tersendiri.....


Mari baca Keistimewaan Kismis dan 


Kurma :-


Keistimewaan Kismis.

Kismis adalah satu "gula-gula" asli 

ciptaan Allah SWT. 

Ia adalah sejenis buah-buahan kering 

yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak 

mengandungi kolestrol atau lemak serta 

rendah kandungan garam. Ia 

membekalkan tubuh badan dengan 

banyak vitamin dan mineral yang 

penting seperti zat besi, potassium, 

magnesium, kalsium dan vitamin B1, 

B3 dan B6.

Zat besi adalah penting untuk 

pembinaan darah bagi pengangkutan 

oksijen ke otak ke seluruh badan. 

Kismis juga merupakan serat yang baik 

yang kaya dengan agen anti-

oksida(anti-penuaan). 

Kismis mengandungi 70% 

fruktosa(suatu bentuk gula ringkas 

yang asli) yang dapat dihadamkan 

dengan cepat untuk tenaga segera. 

Ianya sangat sesuai terutama bagi 

mereka yang menggunakan banyak 

tenaga untuk berfikir seperti guru dan 

pelajar.

Nabi Muhammad SAW bersabda: 

"Barangsiapa memakan kismis merah 

sebanyak 21 biji setiap hari sebelum 

sarapan pagi, maka dia tidak akan 

tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: 

"Biasakanlah memakan kismis kerana 

kismis dapat menghilangkan 

kepahitan (empedu/cairan kuning), 

menghilangkan lendir, menyihatkan 

badan, membaguskan rupa, 

menguatkan saraf dan menghilangkan 

letih".


Imam Ali berkata: "Barangsiapa 


memakan 21 biji kismis merah, maka 


dia tidak akan melihat pada jasadnya 


suatu yang tidak disenangi".


Imam Ali berkata: "Kismis dapat 


menguatkan jantung, menghilangkan 


penyakit, menghilangkan panas dan 


memulihkan kesihatan jiwa".


Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-


Thusi disebutkan bahawa "kismis dapat 


menghilangkan lendir dan menyihatkan 


jiwa".


Keistimewaan Kurma

Kurma merupakan sejenis tumbuhan 

(Palma) atau bahasa saintifiknya 


sebagai Phonex dactylifera yang 


berbuah dan boleh dimakan sama ada 


yang masak atau yang mentah.


Kebanyakan pokok kurma tumbuh di 


negara-negara Arab dan mempunyai 


berbagai-bagai jenis.


Antara kurma yang terkenal ialah 


kurma Mekkah dan Madinah yang 


dikatakan mempunyai berpuluh-

puluh jenis.


Dikalangan penduduk di negara-negara 


Arab kurma adalah makanan utama 


mereka, malah dikalangan orang kita 


juga kurma sudah menjadi 

bahan makanan yang digemari.


Selain rasanya yang manis dan tahan 


lama serta tidak perlu dimasak, kurma 


juga mempunyai khasiat yang banyak 


dan menjadi makanan utama Baginda 

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.


  • Diriwayatkan daripada Abdullah bin 
Jaafar katanya: "Aku melihat Rasulullah 

Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan 

buah-buahan dengan kurma masak".

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam 

telah menyebutkan tentang khasiat 

sejenis kurma yang diriwayatkan oleh 

Imam Bukhari yang bermaksud.


"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah 


yang disampaikan oleh Marwan yang 


mendapat berita daripada Ibnu Hashim 


bahawa Amir bin Saad mendengar 


bapanya meriwayatkan Rasulullah 


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : 


"Sesiapa yang memakan 7 biji tamar 


‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada 


kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".



  • Terdapat juga di dalam al-Qur’an 
ayat yang menyatakan tentang 

kelebihan buah kurma ini, yang 

dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika 


beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi 


Salam sebagaimana tersebut di dalam 


surah Maryam ayat 25. 

Tafsirnya : "Dan gocangkan batang 


kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan 


atasmu kurma yang masak". (Surah 


Maryam : 25)


Ayat di atas menjelaskan tentang 


khasiat buah kurma kepada kaum 


wanita yang sedang dalam nifas, bila 


mana Allah memerintahkan Maryam 


memakannya sedang beliau dalam 


keadaan lemah selepas bersalin.




**Penemuan kajian sains tentang 


khasiat buah kurma yang kaya dengan 


unzur zat besi dan kalsium telah 


membuktikan bahawa perubatan cara 


Islam yang terkandung di dalam al-


Qur’an dan hadis Rasulullah 


Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah 


jenis perubatan yang semata-mata 


sesuai dengan keadaan iklim 


masyarakat Arab sahaja atau sudah 


ketinggalan zaman, tetapi ia adalah 


perubatan yang diiktiraf oleh 


dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik 


daripada ubat-ubatan moden yang 


menggunakan berbagai campuran 


dadah yang boleh mengakibatkan kesan 


sampingan yang lain.

  • Unsur zat besi dan kalsium yang 
terdapat di dalam buah kurma adalah 

unsur yang paling tinggi bagi 


membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang 


mempunyai masalah kekurangan susu, 


maka dengan memakannya dapat 


menggalakkan pertambahan kandungan 


susu.
  • Ianya juga berperanan dalam 
pertumbuhan kanak-kanak damit dan 

pembentukan darah dan sumsum 

tulang. 
  • Antara kajian lain yang dijalankan 
membuktikan bahawa kurma antara 

makanan yang paling pantas diproses 

sebagai bekalan tenaga.Kurma tersebut 

akan segera dibakar dan ia akan 

disalurkan ke bahagian anggota lain dan 

otak.
  • Berdasarkan ini juga Baginda 
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam 

menganjurkan kita supaya berbuka 

puasa dengan buah kurma sebagaimana 


sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam 


berbuka puasa dengan beberapa biji 


buah kurma sebelum sembahyang. 


Sekiranya tiada terpadat kurma, maka 


Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi 


Wasallam akan berbuka dengan 


beberapa biji anggur. Sekiranya tiada 


anggur, maka Baginda meminum 


beberapa terguk air. 


(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada 


beberapa hadis lain yang menganjurkan 


agar kita berbuka puasa dengan kurma. 


Sebagaimana hadis yang diriwayatkan 


oleh Anas bin Malik, beliau berkata : 


"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla 


berbuka dengan kurma dan barangsiapa 


yang tidak mendapatkannya maka 


hendaklah ia berbuka dengan air kerana 


sesungguhnya air itu pembersih".

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, 


ia berkata : "Saya mendengar 


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam 


bersabda : "Hindarilah api neraka 


walaupun (dengan memberi sedekah) 


sebelah buah kurma".

Hadis ini menerangkan kemuliaan buah 


kurma, iaitu walaupun dengan hanya 


kita bersedekah sebelah buah kurma 


kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang 


mementingkan kesihatan mereka agar 


sentiasa dapat dijaga dengan baik, 


buah kurma adalah amat sesuai 


dijadikan sebagai salah satu makanan 


harian mereka khususnya di waktu pagi 


sebelum memulakan sebarang tugas 


harian. Khasiat kurma juga adalah 


sesuai dan baik bagi pertumbuhan 


kanak-kanak.

Mudah-mudahan dengan amalan 


memakan kurma yang berterusan, kita 


terhindar daripada berbagai 


kemungkinan dan dapat meneruskan 


tugas harian serta beribadat kepada 


Allah Subhanahu Wata’ala.