@KiRa$ bLoG....

@KiRa$ bLoG....

Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 7 Mac 2012


TIROID: BIASA ATAU KANSER ??


PENYAKIT berkaitan tiroid merupakan masalah kesihatan biasa yang mampu menjangkiti sesiapa pun. Malah separuh daripada bilangan pesakit tiroid sehingga kini masih belum menyedari mereka sebenarnya menghidap penyakit itu.
Malangnya, bagi kebanyakan orang yang belum dikenal pasti jenis masalah tiroid mereka juga tidak sedar ia berkait rapat dengan masalah berat badan mereka.
Ini kerana pesakit tiroid sukar menurunkan berat badan yang dikatakan meningkat akibat penyakit itu meskipun setelah puas berdiet dan mengikuti program senaman secara konsisten.

Justeru masalah berkaitan tiroid harus diambil serius dan pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera kerana ia juga boleh dikesan sebagai kanser!

Kanser tiroid

Kanser tiroid merujuk kepada empat jenis tumor malignan pada kelenjar tiroid iaitu papilari, folikular, medulari atau anaplastik.
Kanser tiroid papilari dan folikular:
 Merupakan jenis kanser tiroid paling lazim dijumpai berbanding jenis lain. Kedua-duanya bermula pada sel folikular pada tiroid. Kebanyakan kanser jenis ini tumbuh dengan perlahan tetapi jika dikesan lebih awal, ia mampu dirawat dengan jaya.
Kanser tiroid medulari:
 Terdiri daripada lima hingga 10 peratus kes kanser tiroid yang muncul dalam sel C tetapi ia lebih mudah dikawal jika dikesan dan dirawat sebelum merebak ke bahagian lain.
Kanser tiroid anaplastik:
Jenis kanser tiroid yang paling kurang ditemui (hanya satu atau dua peratus) dan timbul dalam sel folikular. Sel kanser jenis ini amat luar biasa dan sukar dikenal pasti. Ia juga sukar dikawal berbanding sel kanser lain kerana biasanya tumbuh serta merebak dengan pantas.
Nodul tiroid boleh menjadi sama ada tidak berbahaya (benign) atau berbahaya (malignan). Sel nodul tidak berbahaya, merebak ke organ lain dalam badan mahupun mengancam nyawa. Kira-kira 90 peratus nodul tiroid adalah tidak berbahaya.
Namun nodul malignan bersifat kanser. Ia lebih serius dan kadangkala boleh meragut nyawa. Sel kanser boleh menceroboh, merosakkan tisu, organ dalam badan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa.
Menerusi cara inilah kanser disebarkan daripada sel asalnya (tumor utama) untuk membentuk tumor baru dalam organ lain. Penyebaran kanser ini dipanggil metastasis.
Sekiranya metastasis berlaku di luar tiroid, sel kanser biasa ditemui pada nodus limfa berhampiran, urat saraf atau pembuluh darah. Apabila kanser sampai di nodus berkenaan, sel kanser mungkin juga telah merebak ke nodus limfa atau organ lain seperti paru-paru dan tulang.
Simptom
Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah;
 Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum.
 Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal.
Justeru masalah berkaitan tiroid harus diambil serius dan pesakit perlu mendapatkan pemeriksaan dan rawatan segera.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Kesian aku pada Mak Tok....ramai yang x sedar Tiriod amat berbahaya.....ianya perlu mendapatkan rawatan dan pengawasan....so jangan ambik mudah!!