@KiRa$ bLoG....

@KiRa$ bLoG....

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 17 April 2012

ADOLF HITLER






 ADOLF HITLER TUBUHKAN DIVISYEN 


                       TENTERA ISLAM !!






Satu pendedahan yang agak menggemparkan 


muncul apabila Institut Kajian Aero dan Angkasa 


Malaysia (IKAM) menemui fakta-fakta menarik 


disebalik kajian IKAM terhadap data sejarah 


Operasi Divisyen Hanzar!

Pendedahan itu menimbulkan kekeliruan mengenai 



siapakah sebenarnya Adolf Hitler.

Dalam banyak catatan sejarah, tidak ada yang 



positif bagi menggambarkan pemimpin Jerman 


semasa Perang Dunia Kedua ini.

Bukan sahaja negatif malah namanya masih dicaci 



sehingga hari ini kerana tragedi Holocaust.

Jutaan orang Yahudi mati dipercayai kononnya 



angkara perintah Hitler.

Bagaimanapun, sesuatu yang menghairankan 



sebaliknya terjadi.

Hitler didapati masih mempunyai nilai toleransi 



yang tinggi dengan membenarkan penubuhan 


beberapa divisyen tentera beragama Islam didalam 


kem atau menjadi sebahagian daripada bala tentera 


Nazi Jerman.

Menurut Jeneral Leon Degrelle, seorang Komander 



Divisyen Waften SS (askar rakyat) Jerman, ada tiga 


Divisyen Waffen SS yang 90 peratus anggotanya 


beragama Islam.

Jumlah anggota dalam ketiga-tiga divisyen ini pula berjumlah 60 000 orang.

Antara tiga divisyen tentera beragama Islam Waffen 



SS ini, divisyen tentera paling terkenal adalah 


Divisyen ke-13 Waffen SS Hanzar.

Divisyen ini beroperasi di Balkan dengan 90 



peratus anggotanya berbangsa Albania, Bosnia dan 


Croatia yang beragama Islam.

Bakinya orang Croatia beragama Kristian Katolik 



yang berjumlah 21 000 orang.

Operasi Divisyen Hanzar mendapat perhatian 



IKAM kerana ia sesuatu yang sangat unik dan 


menakjubkan.

Operasi tentera udara sukarela Croatia berjaya 



menembak jatuh hampir 300 kapal terbang tentera 


udara Russia (komunis) sedangkan kapal terbang 


mereka yang dimusnahkan tentera udara Russia 


kurang daripada 10 pesawat ketika Perang Dunia 


Kedua tercetus di Balkan.

Hanzar adalah perkataan Arab, Bosnia dan Croatia 



yang bermaksud parang.

Parang Hanzar ini dipilih sebagai nama rasmi dan 



juga simbol bagi Divisyen ke-13 Waffen SS.

Pakaian rasmi Divisyen Hanzar pula sama seperti 



pakaian rasmi Waffen SS yang lain.

Cuma bezanya, anggota tentera Divisyen Hanzar 



memakai tarbus. Dari segi persenjataan, anggota 


pasukan ini juga dilengkapkan dengan senjata 


seperti anggota Waffen SS lain.

Namun IKAM mendapati apa yang lebih menarik 



ialah terdapat seorang tokoh Islam yang mampu 


menjalinkan hubungan baik dengan Hitler.

Dia turut berperanan sebagai pemimpin Divisyen 



Hanzar.

Beliau ialah Mufti Besar Baitulmaqdis, Haji Amin 



Al Husseini.

Beliau ialah pemimpin yang berpengaruh di 



Wilayah Arab terutama di kalangan pemimpin Arab 


Palestin.

Sepanjang tempoh Perang Dunia Kedua itu, Amin 



Al Husseini menetap di Jerman bagi menentukan 


pembentukan koordinasi antara fahaman Nazi dan 


polisi Arab sehingga membawa kepada 


pembentukan Divisyen Hanzar pada Februari 1943.

Divisyen Hanzar dihantar mengikuti latihan 



ketenteraan di Perancis sebaik sahaja 


penubuhannya.

Ia mula beroperasi di Balkan pada Februari 1944.

Divisyen ini beroperasi dengan jayanya menentang 



gerila komunis

Partisan pimpinan Josip Broz Tito dan juga tentera 


Russia.

Walaupun jawatan Muftinya dilantik oleh kerajaan 



British yang ketika itu menjajah Palestin, namun 


Amin Al Husseini merupakan seorang yang sangat 


membela Islam.

Beliau juga bertanggungjawab menyekat kemaraan 



dan kemasukan beramai-ramai Yahudi ke Eropah 


setelah kaum itu gagal disekat memasuki wilayah Palestin.

Generasi sekarang hanya mengenali Hitler namun 



ketokohan Amin Al-Husseini sebagai pejuang Islam 


pada Perang Dunia Kedua sangat jarang diketahui.

Malah beliau seorang yang banyak berjasa 



menggerakkan kebangkitan orang Islam selepas 


kekalahan kerajaan Uthmaniah (Ottoman) di 


Palestin diikuti Mesir dan Iraq.

Malah beliau merupakan mentor perjuangan kepada 



pemimpin Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), 


Allahyarham Yasser Arafat dan ketua pemimpin 


dan pejuang Islam yang lain.

Walaupun ada laman web yang memburuk-



burukkan nama Amin Al Husseini kerana dituduh 


terlibat dalam pembunuhan orang Kristian di 


Balkan namun paparan gambar sepanjang hayat 


beliau jelas menunjukkan tokoh ini mampu 


menerokai hubungan antarabangsa yang cukup luar 


biasa terutama berjaya menjalinkan satu hubungan 


dengan Hitler.

Presiden IKAM, Norul Ridzuan Zakaria berkata, 



adalah satu isu yang sangat menarik apabila Hitler 


memberikan persetujuan untuk menubuhkan 


Divisyen Hanzar dan toleransinya terhadap 


kegiatan anggota divisyen berkenaan yang 


majoritinya terdiri daripada orang Islam.

“Sebelum ini begitu banyak fakta menjelaskan 



bahawa Hitler adalah seorang diktator yang kejam 


dan tidak bertoleransi terhadap keagamaan, apatah 


lagi Islam,” kata beliau.

Menurut Norul Ridzuan, setiap batalion atau 



rejimen dalam Divisyen Hanzar akan dilengkapi 


seorang imam dan seorang guru agama yang 


bertugas untuk memastikan setiap anggota divisyen 


ini terus mengekalkan cara hidup sebagai muslim.

“Di samping itu, divisyen ini kerap menerima 



kunjungan Mufti Baitulmaqdis Imam Amin Al-


Husseini yang melengkapkan pengisian rohani 


anggota divisyen ini,” tambah beliau lagi.

Sebagaimana fakta sejarah merekodkan kekalahan 



tentera-tentera Nazi dalam Perang Dunia Kedua itu, 


begitu juga nasib yang diterima oleh tentera 


Divisyen Hanzar yang terpaksa menyerah diri pada Mei 1945 apabila pasukan tentera Jerman berundur 


dari Balkan.

Lebih malang lagi kesemua mereka kemudian 



dibunuh oleh diktator Tito yang disokong oleh 


British dan Rusia.

Mungkin satu semakan semula sejarah Hitler perlu dibuat.

Ini kerana hubungan baik Hitler dan Amin Al 



Husseini tentunya tidak terhad atas kepentingan 


politik dan mengembangkan pengaruh masing-


masing.

Pasti masih ada sesuatu yang telah disembunyikan daripada pengetahuan umum di sebalik Hitler yang sering diburukkan dengan Holocaustnya itu.

Benarkah beliau sekejam itu?

Persoalan ini ditimbulkan oleh Pesiden Iran, 



Ahmadinejad mengenai sejauh mana kebenaran 


holocaust.

Ujar pemimpin itu, jika benar ia wujud maka itu 



sepatutnya menjadi dosa orang Eropah.

“Tetapi mengapa rakyat Palestin dan umat Islam 



yang terpaksa menanggungnya.? Namun, kita 


meyakini Barat sebenarnya telah berjaya 


diperalatkan oleh Yahudi untuk menghancurkan 


negara Islam demi kelangsungan rejim dan puak 


Israel,” katanya.

Tiada ulasan: