@KiRa$ bLoG....

@KiRa$ bLoG....

Jumlah Paparan Halaman

Khamis, 5 April 2012

Kebaikan dan keburukan Coklat....














EMMmmmm...Lazat Nyer Coklat..!!

Mesti ramai yang sukakan coklat..terutama sekali wanita dan kanak-kanak...Aku pun tak dikecualikan....setiap hari mesti ada coklat dalam handbeg aku...!! Ramai yang cakap coklat nie tak elok untuk kesihatan...hanya sejenis makanan "junk" yang tidak mempunyai khaziat.....betul kerr...??
Tapi ianya amat berbeza bila aku refer kat encik Google...


Sini aku listkan antara kebaikan coklat:- Psssst...nak tau....


Coklat bukan sahaja makanan yang berkhasiat malah penyumbang kepada pemakanan seimbang, dimana coklat menyumbang :-


Lemak             ~  15% dari 35% = pengambilan tenaga 
                                                           secara purata.
Protien            ~  6 % dari 15% = pengambilan tenaga 
                                                         secara purata.
Karbohidrat    ~  17% dari 50% = pengambilan tenaga 
                                                           secara purata.
Tenaga             ~ 15%
dan vitamin serta mineral yang diperlukan badan.


Coklat juga boleh menurunkan paras kolesterol = kerana lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2 % asid oleik iaitu sejenis asid lemak tak tepu yang berperanan merendahkan tahap kolesterol dalam darah. 
Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

Orang cakap coklat boleh merosakkan gigi...yer kerr..??

Sebenarnya tidak..!! Melalui banyak kajian yang dilakukan didapati bahawa coklat mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.

Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.

Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.

Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.

Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

Lemak koko yang merupakan bahan asas di dalam coklat mempunyai ciri-ciri kecairan yang membolehkan ia mudah cair di dalam mulut. Pertumbuhan plak gigi terhalang kerana coklat tidak tersimpan lama di dalam mulut.

Coklat juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung....

Coklat dan serbuk koko mengandungi phenol sejenis bahan kimia yang membantu mengurangkan risiko sakit jantung. Phenol bertindank dengan menghalang lemak seperti zat di dalam aliran darah daripada teroksida dan menyumbat arteri.






Coklat boleh memberikan tenaga kepada kita kerana.....
Coklat mengandungi nilai tenaga yang tinggi dalam bentuk mudah dan padat. Oleh itu, ia amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti-aktiviti rekreasi yang lain. Coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.

Sejumlah besar koko yang dinikmati dalam bentuk coklat, lazat rasanya dan mengandungi kebaikan semula jadi. Secara perbandingan, sekeping coklat susu mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membukitkan bahawa coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.

Coklat juga mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi penyakit kronik .....Malah mengandungi seratonin sejenis neurotransmitter yang boleh memberikan ketenangan kepada kita...juga mengandungi Phenylethylamine yang boleh meningkatkan mood baik kita...Oleh itu tak heran la kalau kita pernah dengar orang makan Coklat semasa datang bulan (Haid)...jadi makan la Coklat bila waktu marah atau datang bulan yerr...

Bagi sesiapa yang nak awet muda....makan la Coklat sebab Coklat mempunyai 4 kali lebih oksidan (catechins) berbanding teh hijau, yang mampu mencegah proses penuaan yang disebabkan oleh "free radikal" selain dari mencegah sakit jantung dan kanser. 
Fakta:-100 mg teh hijau mengandungi 13.9 miligram 
catechins, dan 100 mg dark Coklat mengandungi 53.5 miligram catechins.
Sumber :- Holland's National Instituteof Public Health and 
                                                                         Enviroment


Haaaaa....jangan plak ambil Coklat secara berlebihan sebab coklat juga ada keburukannya. Nak tau apa keburukannya....mesti ramai yang cakap Coklat mengemukkan...Betul tak..??


Coklat Menggemukkan..??
Bukan itu jawapannya kerana takat lebur lemak koko yang ada pada Coklat hanya sedikit dibawah suhu normal manusia. Jika sepotong Coklat dimakan, maka lemak tersebut akan cair sendiri di dalam mulut dan menimbulkan rasa lembut di dalam mulut. Lemak koko tidak langsung diserap tubuh ianya kerana bukan dari jenis yang mengemukkan. Namun begitu Koko yang ada dipasaran amat "mahal" jika dibandingkan dengan "gula" atau "Minyak Nabati (Minyak yang disari/diekstrak dari bahagian tumbuhan cth: Minyak Kelapa Sawit, Minyak Matahari, Minyak Jagung, dll)". Oleh itu, ramai pengeluar Coklat menggunakan kedua-dua bahan ini untuk mengantikan koko dalam penghasilan Coklat.  Disebabkan kebanyakkan Coklat di pasaran sekarang mengandungi lebih gula dan mungkin sedikit minyak nabati maka Coklat tersebut mengandungi lebih sedikit kalori dari Coklat yang "Mahal harganya". 
Oleh sebab itulah ramai yang tersalah anggap pada Coklat....jadi kita kena jadi pengguna yang bijak......Okay....Sekarang banyak Coklat ada paparkan Maklumat Pemakanan...so pandai-pandai la....



Tapi.....!!bagi yang ingin menguruskan badan boleh cuba minum Coklat panas kerana ianya boleh mengurangkan selera makan anda (yang nak kurus tue tak yah la nak ikut) Pssst...Aku sendiri pun tak cuba lagi...kena try niee....hehehehe..






Bagi yang ada Migrain tue....
Hampa tak yah la makan lebih sangat sebab Coklat ada mengandungi kafein..tapi tak la banyak..dos rendah jerr...cam aku cakap jangan la makan banyak....








Phenylethylamine yang ada dalam Coklat yang jua mempunyai khasiat Aphrodisiac dapat menaikkan perasaan berahi...Aaaa...jangan salah anggap maksud aku perasaan "Jatuh Cinta"...Sebab tue ramai pakwe-pakwe kat luar suka bagi hadiah coklat kat awek dia....bagi yang Romantik jerr....!!

Ha...macam mana nak makan tak coklat...??? Mesti ramai yang nakkan sebab masing-masing nak awet muda...tak gitu...??

Tiada ulasan: