@KiRa$ bLoG....

@KiRa$ bLoG....

Jumlah Paparan Halaman

Selasa, 3 April 2012

RUNNING MAN



  


RUNNING MAN

Nak kongsi cket tentang rancangan yang tengah hangat sekarang nie....dulu masa mula-mula aku tengok kat astro, rasa cam tak best jerr cita nie...tapi bila lama-lama dok layan makin best la plak...siap layan episode terkini kat youtube...hehehehe
Running man atau dikenali sebagai  (Hangul: 런닝맨), merupakan rancangan action game show yang sering menjemput artis-artis popular Korea. Rancangan ini adalah sebahagian dari SBB's Good Sunday yang terdiri dari artis  K-POP. Bermula dari 11 Julai 2010, ianya dikira sebagai "Urban Action Variety". 
Semua artis yang terlibat dalam rancangan ni kena selesaikan tugas yang diberi dan haruslah memenangi game tersebut...kadangkala aku tengok cam game aci sembunyi, alah  game masa kecik-kecik dulu tue....kalau hampa semua layan rancangan nie mesti hampa pun macam aku....gelak cam nak gila....kadang-kadang bila layan kat pejabat risau plak orang kata aku gila..yelah dok gelak sorang-sorang kat depan komputer...
Aihhh...macam-macam berita aku dengar yang kata depa nie nak mai kat Malaysia tapi sampai sekarang tak mai-mai jugak.....Aku rasa kalau depa mai Malaysia gerenti lebih banyak peminat dan jeritan jika dibandingkan dengan peminat Thailand, Hong Kong ala tempat-tempat yang depa pernah pi....

Nie antara artis yang terlibat....:-






GRASSHOPPER.....Yu Jae Suk :- Yu-Ruce WillisBerperanan sebagai MC dalam rancangan tersebut....Menjadi pesaing hebat Sparta Kook...dia nie memang famous kat Korea...Seorang yang Humble dan sempoi...
Selain dikenali sebagai Yu-Ruce Willis dia juga diberi gelaran Grasshopper....
Aku rasa kalau malaysia wat rancangan nie..Pak Nil memang sesuai kot jadi Yu-Ruce Willis..hehehe pandai2 jer kan..




KOOKIE ~ ^^
Kim Jong Kook :- Sparta KooK-s
Inilah Sparta yang menjadi lawan Yu-Ruce Willis
Seorang yang gagah dan kuat...NOT EASY TO BEAT HIM..!! semua yang berada dalam rancangan game show ni gerun dengan Sparta Kooks....tapi dia lemah ngan perempuan kecuali Ji Hyo...
Ac Mizal plak leh jadi Sparta Kooks...versi Malaysia..hehehehe



Haha : - Hororo 
Seorang yang berwatakkan seperti kanak-kanak walaupun dah tua bangka..tapi itulah yang wat aku suka tengok dia nie...kelakar dan cute...menjadi adik kesayangan Sparta Kooks.
Dikenali sebagai Hororo sempena nama seekor Penguin kartun kanak-kanak iaitu Pororo...samakan muka depa...hehehe kelakar sangat..!!


MONDAY COUPLE


Kang Gary :- Monday Couple seorang yang pemalu dan agak pendiam..bila ada Ji Hyo..mamat Rapper nie jadi manja and lemah semacam jer pastu selalu wat muka innocent.Dia dikenali sebagai Monday Couple kerana selalu bergandingan dengan Song Ji hyo...salah seorang adik kesayangan Sparta Kooks


Song Ji Hyo : Ace / Monday Couple.
Seorang yang cute....bijak terutama dalam game hide and seek...
mangsa Ji Hyo semestinya Lee Kwang Soo...tengak la gambar kat atas camna Lee Kwang Soo yang tak bersalah out semata-mata kerana Ji Hyo....digelar Monday Couple bersama Gary....Ji Hyo nie memang kuat membuli dan kuat makan walaupun bertubuh kecil...jeles pulak aku ngan Ji Hyo nie....

Lee Kwang Soo :- Gwangvatar / Easy Brother

Seorang yang sangat lemah selalu dibuli.....Gambar diluar rancangan ni memang berbeza tetapi dalam game ni dia selalu ditangkap terutama sekali dalam game hide and seek...

Amat popular di Thailand....Running Man bertambah Happening bila ada mamat nie...Aku memang suka tengok mamat nie...gelak cam nak pecah perut dibuatnya...kadang-kadang kesian pun ada gak....hehehehehe.. 
Ji Suk Jin :-Easy Brother / Big Nose
Paling tua dalam game nie...tak berapa bagus dalam game yang melibatkan fizikal dan menjadi salah seorang yang sering terkeluar awal dalam apa-apa game...kawan baik kepada Jea suk...dia sama macam Lee Kwang soo..sebab tue depa dikenali denmgan panggilan EASY BROTHER....



SONG JOONG KI :-Flower Boys
pemikiran yang tajam...tapi sayang sering menjadi salah seorang yang terkeluar awal dalam apa-apa game terutama hide and seek....dia dikenali dengan banyak nick name antaranya "Flower Joong Ki" sebab dia cute...."Brain Joong Ki"...sebab dia bijak..."Active Young Man" atau "Enthusiastic Joong Ki" sebab dia selalu aktif dan selalu ingin menjadi yang pertama mencuba sesuatu yang baru dalam game nie..dia selalu ingat dia boleh menang..tapi sayang selalu saja fail...kesian aku tengaok mamat comel nie....dia close sangat ngan Ji Hyo yang kadangkala membuatkan Gary cemburu dengannya....


RUNNING MAN adalah satu rancangan Korea yang memang best...rugi tau kalau sapa tak tengok.....!!

Tiada ulasan: